Senak di Bahagian Telur Zakar sebelah kiri

Spread the love

SAYA pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Saya selalu mengalami rasa senak di bahagian telur sebelah kiri.

Muar, Johor

JAWAPAN

Ada banyak sebab anda boleh mengalami senak di telur sebelah kiri. Angin turun dari badan ke situ bukan sebabnya, malah ia keterangan yang mengarut!

Sebagai pelajar IPTA, anda sepatutnya berjumpa doktor dan bukan berubat secara tradisional. Jika pengamal tradisional itu urut buah zakar anda, sudah tentu lain masalah pula akan berlaku.

Untuk mengetahui perasaan senak itu, anda perlu tahu sedikit sebanyak mengenai anatomi atau struktur buah zakar serta kedudukannya dalam kerandut buah zakar.

Sebelum bayi lelaki dilahirkan, kedua-dua buah zakar duduk dalam perut dan ketika dilahirkan, ia menurun ke dalam kerandut.

Kedua-dua buah zakar mempunyai sampulan otot serta pembuluh darah dan urat saraf tersendiri dan sampulan otot itu bergelar otot Kremester yang mengampu buah zakar.

Jarang otot itu boleh mencengkam dan ia membuatkan perasaan senak atau sengal kepada buah zakar itu untuk seketika.

Ada ketika pembuluh darah buah zakar berpintal dan mengembang (keadaan yang dikenali sebagai Varikosel) dan cengkaman otot pembuluh darah itu atau bengkak buah zakar itu akibat darah mendap dalam pembuluh darah dalam buah zakar boleh membuatkan perasaan senak.

Jika pakaian dalam itu ketat, kemungkinan juga buah zakar boleh terasa senak. Sama juga jika kerandut buah zakar mencengkam, akan berlaku perasaan senak.

Anda boleh rujuk kepada doktor apabila perasaan senak itu berlaku lagi. Jika biasa melakukan pemeriksaan kendiri, anda boleh rasa macam macam ketulan dan benjolan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...