Sperma Baik Kurang

Spread the love

SAYA ingin bertanya soalan bagi pihak suami. Kami berkahwin setahun lima bulan lalu. Kami kini berusaha mendapatkan anak dan sudah menjalani pemeriksaan kesuburan di klinik LPPKN.

 

Hasil ujian mendapati saya tiada masalah, sebaliknya suami yang bermasalah. Walaupun jumlah spermanya banyak, namun yang aktif dan berbentuk baik atau sempurna adalah kurang iaitu kira-kira 20 peratus saja.

Berikutan itu, doktor di klinik itu mencadangkan saya menjalani IUI dan selepas berbincang dengan suami, kami sepakat untuk mencuba cara lain.

Bolehkah doktor bantu kami dengan memberi maklumat bagi meningkatkan kesuburan suami? Selain teknik IUI, tentu ada cara lain, ubat atau herba (tradisional)?

NOR
Selayang, Selangor

JAWAPAN

Sejak beberapa tahun ini, saya dapati lebih banyak lelaki mengalami masalah kesuburan berbanding perempuan.

Ini mungkin kerana ramai lelaki menjalani ujian bersama pasangan dan masalah kesuburan mereka dapat dikenal pasti yang secara kebetulan mencatatkan bilangan tinggi jika berbanding perempuan.

Mungkin juga lelaki generasi lama mengalami masalah sama dan mungkin bilangan yang mengalaminya juga lebih daripada perempuan, tetapi pada waktu itu lelaki jarang menjalani pemeriksaan kerana mereka tidak menganggap diri mereka kes utama dalam senario kesuburan kerana mereka tidak mengandung, sebaliknya yang mengandung adalah perempuan.

Jadi, asalkan mereka dapat melakukan tanggung jawab melakukan persetubuhan, itu mencukupi untuk mereka dan jika isteri tak hamil, itu salah isteri! Lelaki moden tidak berpendapat begitu dan mereka lebih peka mengenai kesuburan lelaki dan tahu fungsi lelaki dalam pencapaian kehamilan isteri.

Apa yang anda dan pasangan anda buat memang tepat, suami menjalani ujian air mani dan didapati mempunyai sperma yang bilangan aktif dan berbentuk normal kurang jumlahnya.

Anda juga menjalani pemeriksaan kesuburan dan didapati tiada masalah. Jadi nampaknya suami yang ada masalah kesuburan dan anda berdua ingin mencari jalan alternatif untuk mencapai kehamilan.

Pada hakikatnya, kehamilan ditentukan Tuhan. Jadi wajib untuk anda dan pasangan anda berusaha mencari jalan.

Dengan profil sperma yang suami anda ada, ini mencukupi jika anda dapat berusaha tidak membazirkan air mani apabila selesai bersetubuh.

Anda boleh amalkan posisi persetubuhan yang dapat mengekalkan air mani dalam faraj daripada tertumpah atau tercicir.

Posisi seks dari belakang sangat sesuai untuk tujuan itu, tetapi kena pastikan ereksi kekal gerak dalam faraj ketika bersetubuh dan tidak melakukan tusukan dengan zakar keluar masuk kerana ini akan membuatkan angin banyak masuk dalam faraj dan menolak keluar air mani apabila selesai hubungan seks.

Daripada aspek bahan tambahan, saya cadangkan suami anda makan ekstrak Tongkat Ali yang larut dalam air kerana ia sudah diuji dan didapati membantu meningkatkan bilangan sperma, selain meningkatkan peratusan sperma yang aktif dan sperma berbentuk normal.

Ia mengandungi banyak ‘antioxiden’ dan juga ‘eurypeptides’ yang membantu merangsangkan kilang sperma. Anda boleh dapatkannya di farmasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...