Stress boleh sebab mati pucuk

Number of View: 0

STRES BOLEH MENYEBABKAN DISFUNGSI EREKTIL

Soalan

SAYA mendirikan rumah tangga sembilan tahun lalu tetapi belum dikurniakan anak. Sejak kebelakangan ini saya menghadapi beberapa masalah, antaranya zakar tidak naik ketika bersama isteri. Zakar saya juga selalu mengecil apabila membuang air kecil.

IZHAM
Melaka

Jawapan

Normal untuk mana-mana lelaki sihat dan mempunyai fungsi syahwat serta tenaga batin yang baik mencapai ereksi apabila dalam keadaan ghairah.

Dalam keadaan terangsang, jalanan darah meningkat ke dalam otot zakar dan zakar mengembang, memanjang, membesar dan menegang serta sesuai untuk disalurkan ke dalam faraj.

Jika perkara sebaliknya berlaku, iaitu terangsang tetapi tidak mencapai ereksi atau dapat mencapai ereksi tetapi tidak kekal atau dapat meneruskan hubungan kelamin tetapi tidak dapat masuk ke dalam faraj kerana zakar tidak cukup keras dan mengendur atau ‘mati’ setengah jalan, lelaki itu mengalami Disfungsi Erektil atau DE.

Sebahagian besar lelaki yang mengalami DE ada masalah kesihatan, terutama yang berusia. Masalah kesihatan dimaksudkan ialah kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi dalam darah dan penyakit jantung.

Jika lelaki itu sihat dan muda, kemungkinan masalah DE mereka ada kaitan dengan tekanan atau stres. Apabila tekanan itu kurang, keadaan menjadi pulih.

Kadangkala mereka perlu rawatan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam hubungan seksual dengan pasangan mereka.

Jika DE berlaku sekali sekala dan berterusan hingga enam bulan, masalah ini dikenali DE awalan. Jika ia banyak kali berlaku dan berpanjangan enam bulan, ia dikenali DE pertengahan.

Jika ia terus berlaku dan terus gagal, DE ini dikenali DE tetap. DE tetap ini kadangkala digelar mati pucuk. Saudara mengalami masalah DE kerana tidak dapat mencapai ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan.

Jika ini hanya berlaku ketika isteri dalam keadaan subur, kemungkinan masalah anda ada kaitan dengan tekanan kerana perlu lakukan seks pada waktu subur isteri, walaupun saudara tiada mood.

Bagaimanapun, mustahak untuk saudara mendapatkan rawatan moden bagi mengatasi masalah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...