Posts Tagged ‘lancap’

Takut kesan kuat melancap

Number of View: 0

Soalan: Saya berumur 21 tahun dan melakukan onani hampir setiap hari. Perkara ini berlarutan sejak saya di tingkatan dua.

Adakah saya akan menghadapi sindrom kemandulan atau susah mendapat cahaya mata setelah berkahwin? Apakah rawatan yang perlu saya lakukan untuk mendapat cahaya mata?

KAMAL
Kulai, Johor

Jawapan: Anda pengamal onani tegar kerana melakukannya setiap hari sejak tingkatan dua, kecuali mung­kin jika sakit. Anda mungkin tergolong dalam kalangan lelaki ketagih onani.

Kini dalam umur awal dewasa, baru anda terfikir jika amalan itu memberi kesan buruk kepada masa depan fungsi kesuburan anda.

Bayangkan jika anda selalu ber­onani, tiada masa untuk bersosial dan mungkin tidak sempat bermesra dengan kawan perempuan.

Pengamal onani yang tegar suka berseorangan atau ‘introvert’ dan elak bersosial. Jika itu tabiat anda, tentu anda akan membujang selama-lamanya dan tangan anda menjadi ‘pasangan hidup’.

Soal kesuburan tidak wujud dalam situasi ini. Jika sempat bergaul dengan kawan perempuan dan ada kemungkinan beristeri, anda akan dapati anda lebih seronok beronani daripada bersetubuh dengan pasangan.

Ini kerana tangan anda lebih tahu cara memberi kepuasan menerusi urutan dan belaian dan ia tidak berlaku apabila ereksi anda masuk ke faraj isteri.

Tidak hairan sebilangan besar lelaki yang terikat dengan amalan onani mendapati sukar mencapai ejakulasi dengan isteri.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘traumatic masturbatory syndrome’ dan jika ini berlaku, sukar untuk anda menghamilkan pasangan secara normal.

Jika anda tinjau beberapa laman yang menyebarkan maklumat mengenai kesan onani kepada kesuburan lelaki, semuanya menyatakan tiada kesan negatif.

Sebenarnya tiada kajian dijalankan untuk mengetahui jika onani kronik atau tegar boleh menjejaskan kesuburan lelaki.

Namun, lelaki yang terdedah kepada tekanan dalam bentuk apa pun (termasuk amalan onani) boleh merendahkan kualiti sperma dari aspek bilangan, pergerakan dan rupa bentuk sperma.

Jika tekanan diambil kira, lelaki seperti anda boleh mengalami masalah kesuburan jika amalan onani mengganggu hubungan silaturahim dengan pasangan dan membuatkan anda sentiasa tertekan.

Bukan senang untuk melepaskan perkara menyeronokkan kerana tanpa melakukannya, jiwa tertekan dan badan sengsara, kesudahannya ialah penghasilan sperma tidak berkualiti jika masih mampu mencapai ejakulasi.

Jika tidak dapat mencapai ejakulasi melalui hubungan intim seksual, masalah itu mungkin berat.

Semua penjelasan saya tadi ialah untuk menggambarkan kepada ‘pengonani tegar’ mengenai cabaran yang mereka akan hadapi kemudian hari jika ia tidak dibendung atau dihindari.

Tuhan beri anggota kelamin itu untuk tujuan mutlak, iaitu sebagai saluran hubungan silaturahim dengan pasangan dan bukan untuk disia-siakan tanpa hala tujuan.

Hentikan amalan onani secepat mungkin sebelum ia menjadi perosak hubungan silaturahim anda bersama pasangan anda kelak.

Kurang regangan sebab aktif melancap

Number of View: 0

41jeep6mqtlSaya berusia 43 tahun dan masih bujang kerana belum bertemu jodoh. Sejak remaja hingga dewasa, saya aktif melakukan onani, kadangkala lima hingga enam kali sehari.

Kini saya terasa sakit di bahagian ‘vas deferen’ sebelah kiri selepas mengambil Bio Zink sebagai makanan tambahan. Saya juga kini kurang mendapat regangan di waktu pagi.
Apakah puncanya dan adakah makanan tambahan ini mempunyai kesan sampingan kepada tahap kesuburan saya?

LAN

Petaling Jaya

Anda semakin berumur tetapi belum bergelar suami kerana tidak bertemu jodoh.
Lagi cepat lagi baik kerana jangka pelupusan sesetengah sistem tubuh badan anda menunjukkan kebarangkalian ia akan sampai tarikh luput.

Sistem syahwat dan reproduktif yang mula bersemarak pada awal belasan tahun boleh membuatkan anda melakukan onani sehingga beberapa kali sehari.

Kini anda kurang aktif. Sistem dan bahagian anggota kelamin yang satu ketika dulu segar dan rancak kini mula ‘meragam’, tiada ereksi pagi dan sugul.

Sama juga dengan bahagian anggota kelamin yang menghasilkan air mani seperti pundi seminal, kini mula terasa sakit.

Pundi seminal lelaki sihat menghasilkan 50 hingga 60 peratus jumlah isi padu air mani. Pundi prostat yang menghasilkan 30 hingga 35 peratus air mani juga mula kurang aktif pada umur lanjut.

Kandungan zink dalam pundi prostat tinggi dan mustahak untuk penghasilan sperma aktif dan normal. Anda nyatakan mengambil tambahan untuk kesihatan.

Ia sekadar makanan tambahan dan bukan keperluan. Ia bukan rawatan atau ubatan yang perlu mendapat pengesahan doktor. Jarang pula makanan tambahan memberi kesan sampingan.

Bagaimanapun, pengambilan itu tidak digalakkan jika amalan gaya hidup sihat tidak dipraktikkan. Anda kini was-was mengenai pengambilan makanan tambahan itu. Anda sepatutnya merujuk doktor jika ada keraguan kesihatan, lebih-lebih lagi jika terasa sakit.

Elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan bagi mengetahui tahap kesihatan dan mengesan masalah anda pada peringkat awal.

Sakit lutut selepas melancap

Number of View: 0

AMALAN SERONG SAKIT LUTUT

Soalan

SAYA mengalami masalah sakit lutut selepas melakukan onani. Adakah sakit lutut ini berpunca daripada perbuatan saya melakukan onani?

MATT
Raub, Pahang

Jawapan

Amalan merangsang anggota sulit dan mendapat keseronokan membuatkan onani adalah amalan yang sukar dihentikan kecuali jika pengamalnya mengalami sesuatu yang kurang menyenangkan seperti kebengkakan anggota sulit atau pening kepala setiap kali klimaks atau sakit badan, sakit lutut atau sakit anggota sulit.

Kepada mereka yang memang mendapat keseronokan, tanpa pengetahuan mereka sebenarnya ketagih dengan amalan itu. Apabila tidak onani, mereka kurang selesa dan mesti membuatnya walaupun tiada sebab untuk melakukannya.

Sehubungan itu, tidak menghairankan jika mereka mendapati sukar menghentikan amalan berkenaan walaupun sudah berumahtangga.

Ada juga yang hanya seronok dengan amalan itu daripada bersetubuh dengan pasangan. Ini tentu memberi tekanan kepada pasangan apabila mendapat tahu dia melakukan onani secara senyap dan tidak melayannya. Ini boleh mengakibatkan perpecahan rumah tangga.

Masalah tidak selesa ketika melakukan onani seperti sakit lutut berlaku akibat tekanan otot paha yang kejang ketika ejakulasi berlaku. Ia bukan kerana ‘air’dalam kepala lutut kering!

Jika tidak selesa, perbuatan itu perlu dihentikan segera kerana banyak lagi kesan negatif yang boleh berlaku seperti ketagihan kepada onani, cepat klimaks dan mati pucuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...