Tapak kaki berkaitan dengan zakar

Spread the love

Tapak kaki berkaitan dengan zakar

TAPAK kaki terasa sakit apabila dipicit. Selepas membaca di dalam majalah, saya mendapat tahu masalah itu mempunyai kaitan dengan zakar saya.

adakahsaizzakarpentingApa kaitannya? Adakah ia berbahaya?
Saya sudah berkahwin sejak sembilan bulan lalu, tetapi isteri saya masih belum ada tanda-tanda kehamilan? Adakah saya mengalami masalah kesuburan?

ANJANG

Pasir Gudang, Johor

MENGIKUT perubatan komplimentari refleksologi, bahagian tapak kaki melambangkan bahagian tubuh badan dan jika sebahagian di tapak kaki terasa sakit, kononnya bahagian badan itu ada masalah. Perubatan ini tidak ada asas dan tidak boleh digunakan sebagai asas satu penyakit itu.

Masalah kesuburan bukan masalah individu. Ia adalah masalah pasangan yang mana kedua-duanya perlu menjalani pemeriksaan dan bimbingan sekiranya mereka berdua sudah berusaha untuk mendapatkan anak.

Memandangkan anda baru berkahwin, anda boleh terus berusaha. Jika sudah lebih setahun dan tiada apa apa hasil, lebih baik buat temujanji berjumpa doktor. Meramal kesuburan melalui tapak tangan, muka, telinga atau tapak kaki bukan cara yang berkesan, malah mengelirukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...