Urut Zakar guna Minyak Bayi

Spread the love

SAYA ingin mengutarakan beberapa persoalan berkenaan amalan menggunakan minyak bayi. Adakah wujud kesan sampingan terhadap zakar jika kita menggunakan minyak ini untuk tujuan membelai, mengurut zakar dan bersetubuh dengan isteri.

Jika minyak ini sesuai untuk kulit bayi, sudah pasti ia selamat untuk kulit zakar. Bolehkah saya menggunakan minyak ini untuk tujuan mengelak kekeringan di sekitar kulit zakar?

CONAN

Putrajaya

Mungkin anda tidak tahu zakar tidak boleh diurut seperti mengurut otot badan kerana ia bukan otot.

Jadi amalan urutan yang dilakukan tukang urut boleh merosakkan zakar apabila ia dilakukan secara kasar dan ganas seperti menariknya dengan kuat atau memulasnya dengan kuat, kononnya untuk meningkatkan perjalanan darah.

Kesan buruk mengurut zakar hanya kelihatan beberapa bulan kemudian apabila wujud ketulan keras dalam otot zakar dan bentuk zakar mula berubah!

Tidak salah untuk membelai zakar secara erotik kerana dengan sentuhan erotik itu ia mudah terangsang dan ereksi padat untuk tujuan persetubuhan.

Untuk membelai zakar bagi tujuan itu, ia perlu dilakukan dengan menggunakan krim atau minyak yang sesuai dan yang mesra dengan kulit dan struktur dalaman zakar.

Minyak bayi seperti yang anda gunakan memang boleh digunakan untuk membelai anggota kelamin kerana ia mesra kulit dan tidak memudaratkan kulit anggota kelamin.

Bagaimanapun, apabila minyak itu digunakan untuk persetubuhan, ia meninggalkan bekas campuran minyak dengan cecair dalam faraj dan sukar dibersihkan, selain memberi tanda kepada pakaian dalam dan berbau.

Saya syorkan anda gunakan gel yang larut dalam air untuk kelicinan dan kelembapan. Ia juga mudah dibersihkan dan tidak meninggalkan bau atau tanda kepada pakaian.

Minyak lintah tidak sesuai kerana jika bahan mencairkan darah memasuki tisu zakar, ia boleh mengakibatkan pendarahan berpanjangan kerana proses kebekuan darah tergendala.

Begitu juga dengan minyak atau krim mengandungi gambir Sarawak yang meradang kulit dan menekan urat saraf kulit secara ketara sehingga kulit zakar hilang rasa dan tidak mudah mencapai klimaks.

Mustahak untuk lelaki gunakan minyak atau krim yang mesra kulit dan tidak merosakkan kulit sehalus kulit anggota kelamin lelaki atau perempuan.

Jangan mudah percaya dengan minyak atau krim yang mengarut tu, lebih-lebih lagi krim dan minyak yang tidak pernah diujii.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • bolehkah minyak gamat urut zakar
  • urut zakar guna minyak masak