Zakar keluar Cecair Putih sukar Solat

Spread the love

SEJAK dua minggu lalu, zakar saya mengeluarkan cecair putih jernih seperti mazi tetapi tidak berlendir dan tidak juga berbau. Untuk pengetahuan doktor, saya berusia 31 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Cecair ini keluar hampir setiap masa dalam kuantiti yang sedikit. Ia menyukarkan saya untuk melakukan solat dan sedikit sebanyak merunsingkan.

Untuk makluman, zakar saya berfungsi seperti biasa tetapi apabila bahagian kepala atau pangkal zakar ditekan, akan terasa gatal atau perit tapi dalam keadaan minimum.

Dalam keadaan biasa sehari-hari, tidak terasa sakit atau apa-apa rasa. Harap doktor dapat memberi penjelasan.

KIMI
Pontian, Johor

zakar-air-mani-cairLAPISAN mukosa dalam salur kencing lelaki mengandungi pepundi kecil yang menghasilkan cecair jernih dan membuatkan salur kencing lembap.

Cecair ini boleh keluar secara berlebihan apabila pepundi yang menghasilkannya radang, boleh berlaku akibat jangkitan dan jarang kali akibat amalan onani.

Apabila keradangan itu lega, penghasilan cecair itu akan reda. Jika keadaan masih berkekalan atau kelihatan ketara, ini mungkin menggambarkan jangkitan yang memerlukan rawatan.

Soalnya, bagaimana boleh terkena jangkitan? Biasanya melalui hubungan seks rambang tanpa penggunaan kondom atau melalui seks oral.

Jarang ia terjadi akibat penyakit kencing kotor di mana jangkitan itu datang dari pundi kencing. Cecair akibat jangkitan berwarna lebih pekat dan mudah melekat pada pakaian dalam.

Keadaan ini jarang menyebabkan penghujung zakar terasa gatal atau pedih. Cecair mazi yang jarang keluar ketika meneran, tidak sama dengan cecair hasil dari keradangan salur kencing.

Ia keluar ketika meneran dan warna lebih jernih atau keputihan. Cecair mazi yang keluar akibat teruja seks pula lebih jernih dan hanya keluar apabila lelaki itu terangsang.

Pengeluaran cecair akibat keradangan keluar pada bila-bila masa dan lebih banyak jika keradangan itu ketara.

Saya banyak mengendalikan kes keradangan salur kencing akibat seks oral, sama ada secara rambang (seks rambang yang hanya lakukan seks oral saja dengan pasangan rambang, atau tunang atau bakal isteri) atau secara halal (dengan pasangan bergelar isteri bukan tunang atau bakal isteri).

Jika ia jangkitan, tanpa rawatan sewajarnya, ia boleh menular ke kawasan dalaman dan mengancam kesuburan lelaki itu apabila jangkitan merebak ke pundi prostat atau buah zakar.

Anda boleh bayangkan pelbagai kemungkinan yang memberi simptom pengeluaran cecair dari salur kencing dan perasaan pedih penghujung salur kencing.

Jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan anda perlu berterus terang jika mahu masalah anda dikendalikan dengan baik.

(Sumber Harian Metro)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...