Zakar Kendur and Tidak Menegang

Spread the love

SAYA berusia 30 tahun, sudah berkahwin tiga tahun dan ada seorang anak. Masalah saya ialah, baru-baru ini ketika bersama dengan isteri, saya cuba menahan klimaks, namun tiba-tiba zakar saya mengendur dan tidak menegang (ereksi).

Masalah itu berlanjutan. Setiap kali cuba bersama isteri, zakar saya hanya menegang seketika dan selepas itu terus mengendur. Apakah ini yang dikatakan ‘mati pucuk’?


Saya sangat buntu dengan perkara itu. Apakah ada rawatan yang boleh membantu saya kembali semula seperti keadaan normal? Untuk pengetahuan doktor, saya pernah menjalani rawatan urutan batin tetapi keadaan sama juga berlaku.

INSAN MENGHARAP

Selangor

Dalam keadaan ghairah dan teruja, lelaki yang menghayati rangsangan syahwat akan mencapai ereksi kekal untuk disalurkan ke dalam faraj pasangan perempuan.

Ketika ereksi berlaku, darah masuk ke dalam liang otot zakar dengan banyak dan memenuhi ruang dalaman. Ini membuatkan darah terperangkap dalam otot dan secara langsung membuatkan ereksi padat untuk disalurkan ke dalam faraj.

Jika dia tidak berhajat melakukan penetrasi, ereksi masih dapat dikekalkan dengan dia atau pasangannya mengurut zakar sehingga dia mencapai ejakulasi.

Dalam keadaan teruja tapi dalam masa sama dia mengubah posisi dia mengemut atau mencengkam otot lubang najis untuk menahan ejakulasi, sekelip masa ereksinya akan kendur.

Ia berlaku kerana perbuatannya tadi membuatkan darah dalam otot zakar keluar dari ruang otot. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Pelvic Steal Reflex’.

Saya cadangkan anda amalkan gaya hidup sihat, lakukan senaman berkala dan tidak merokok jika selama ini anda merokok.

Anda lakukan senaman kemut atau ‘senaman Kegel’, maklumat mengenai senaman ini ada dalam laman www.Kegel Excercise for men’.

Saya tidak syorkan urutan batin atau urutan kepada anggota kelamin kerana ini boleh memberatkan lagi masalah yang anda alami itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...