Zakar Layu Kerana Stress

Spread the love

SAYA berusia 23 tahun. Sejak minggu lalu, saya dapati alat kelamin saya tidak dapat menegang dan ia berterusan sehingga sekarang.

Sebelum ini ia masih menegang bila terangsang melihat wanita seksi dan menonton video lucah. Untuk pengetahuan, saya melakukan onani tetapi hanya satu atau dua kali seminggu.

Saya risau jika mengalami mati pucuk dan sangat tertekan sejak masalah ini berlaku.

FARID
Puchong, Selangor

Jawapan

pancut2RAMAI lelaki tidak tahu anggota kelaminnya mempunyai fungsi tersendiri. Ia boleh menegang tanpa rangsangan seksual seperti ketika dalam tidur nyenyak atau tidur REM (Rapid Eye Movement), ketika tidur terasa nak kencing dan menahan kencing, ketika mahu terlelap atau mengantuk.

Dalam situasi itu, kelancaran darah dalam otot zakar berlaku akibat pengeluaran kimia yang digelar oksida nitrik.

Waktu teruja seksual, fenomena ereksi berlaku akibat tindak balas rangsangan seksual yang dikawal oleh minda. Jika minda terganggu akibat keletihan atau keresahan, ereksi tidak akan berlaku atau jika berlaku, ia akan terbantut.

Sebahagian besar masalah disfungsi erektil yang berlaku secara tiba-tiba berpunca daripada tekanan atau stres dikenali sebagai ‘performance anxiety’ atau keresahan ketika beraksi.

Anda masih muda dan tiada masalah kesihatan yang boleh mengganggu kemampuan ereksi zakar anda. Anda yakin selama ini mampu mencapai ereksi pada bila-bila masa mengikut naluri dan perasaan positif atau mengalakkan.

Apabila perasaan anda terganggu atau tertekan, perkara sebaliknya berlaku. Ketika itu ‘alat kelamin’ tidak akan ikut kehendak anda. Ia mempunyai ‘mindanya’ yang tersendiri.

Keadaan yang anda alami dikenali sebagai mati pucuk psikologikal atau mati pucuk akibat keresahan. Ia menjadi lebih ketara apabila anda cuba memaksa diri untuk mencapai ereksi secara paksaan seperti mengurut zakar sambil menonton video lucah.

Ereksi yang terjadi tidak kekal dan anda akan rasa lebih tertekan lagi apabila mendapati ereksi pagi tak sekuat yang biasa anda alami.

Ini kerana ketika anda sedar, perasaan keresahan itu muncul lagi dan membuatkan hormon adrenalin mencurah dalam badan, seterusnya membuatkan darah dalam zakar keluar dari otot zakar, lantas membuatkan ia terus mengendur.

Anda perlu bersabar. Amalkan gaya hidup sihat, elak merokok dan lakukan senaman berkala, termasuk juga senaman Kegel (senaman kemut) serta tenangkan fikiran anda.

Jika anda terus dirundung resah dan gelisah, masalah gangguan ereksi akan terus meruncing. Fungsi zakar anda akan kembali seperti sediakala apabila anda tidak fikir mengenainya. Ingat, zakar juga ada ‘minda’ tersendiri.

(Sumber Harian Metro)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...