Zakar mati setengah jalan

Spread the love

‘MATI’ SETENGAH JALAN

Soalan

SAYA ada beberapa soalan. Yang pertama, di manakah klinik atau hospital yang sesuai untuk saya membuat rujukan berkenaan sakit tuan. Adakah klinik khas untuk rujukan?

kenalizakSoalan kedua, setelah membaca ruangan Sakit Tuan, saya mungkin mengalami DE tahap awalan iaitu tidak dapat masuk ke dalam faraj kerana zakar tidak cukup keras dan mengendur atau ‘mati’ setengah jalan. Hal ini kerap berlaku pada saya.

Oleh itu saya mencari kaedah rawatan sesuai untuk mengatasi masalah ini. Untuk pengetahuan doktor, saya baru mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu dan belum ada tanda kehamilan pada isteri.

Adakah saya menghadapi masalah seksual kerana kerap bermimpi basah, dengan paling kurang tiga kali seminggu?

ZAINAL
Dungun

Jawapan

Bagi melakukan seks penetratif, ereksi perlu kekal keras supaya dapat disalurkan ke dalam anggota sulit wanita. Jadi tahap ereksi patut pada gred 5 jika tidak gred 4.

Untuk makluman, Gred 0: Tiada apa-apa. Gred 1: Hanya zakar kembang/tidak keras. Gred 2: Zakar kembang dan keras, tetapi tidak cukup keras untuk disalurkan ke dalam faraj. Gred 3: Zakar kembang dan keras dan dapat masuk 50 peratus. Gred 4: Zakar kembang dan keras, kadangkala bengkok ketika hendak salurkan ke dalam faraj. Gred 5: Zakar kembang dan keras, tiada masalah untuk masuk.

Tahap ereksi dapat dipertingkatkan dengan mengemut, iaitu mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing, sebelum langsung sorong. Jika ereksi kurang memuaskan, kemungkinan besar darah tidak cukup masuk dalam liang otot zakar.

Makan ‘ubat kuat’ yang biasa dijual di pasaran jualan langsung (MLM) dan farmasi boleh dilakukan jika ‘ubat’ itu tidak mengandungi ubat larangan.

Yang membimbangkan ialah, kebanyakan ‘ubat kuat’ mengandungi sedikit PDE5 Inhibitor saperti Viagra atau Cialis yang dianggap haram atau salah atau disalahgunakan pengusaha dan pengedar ubat kuat.

Jadi saya tidak syorkan ubat sebegitu kerana takut kesan sampingan. Yang paling baik ialah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat bimbingan dan rawatan profesional.

Mengenai pengalaman anda mengalami mimpi basah beberapa kali seminggu, ia perkara biasa dan bukan masalah serta tiada kaitan dengan masalah yang anda alami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...