Zakar Power Sampai ke Tua

Spread the love

SETIAP manusia ada kemampuan untuk melakukan hubungan intim yang berkekalan sehingga ke akhir hayat, melainkan ditimpa masalah kesihatan. Justeru, ada lelaki ‘tua’ masih berupaya melakukan hubungan intim dan ada pula yang gagal.

Hakikatnya, beberapa perubahan akan berlaku kepada fungsi dan kemampuan syahwat apabila umur meningkat dan ia perubahan semula jadi.

zakar-kuatSelepas usia 40 tahun misalnya, tahap kekerasan ereksi kurang antara 10 hingga 20 peratus dan jika otot lantai pelvis (otot kemut) kurang aktif, tahap ereksi menurun lima hingga 10 peratus dan jika perasaan keghairahan berkurangan, tahap ereksi terus menurun lima hingga 10 peratus.

Kajian yang pernah dilakukan satu ketika dulu untuk mengesan masalah disfungsi erektil (ED) dalam kalangan lelaki Malaysia mendapati, gaya hidup memainkan fungsi penting dalam mempengaruhi kemampuan ereksi.

Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah ED didapati mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, minum minuman keras, tidak bersenam, obes (gemuk) dan mengalami tekanan. Andai mengamalkan gaya hidup sihat, kemampuan ereksi lebih sempurna.

Merokok dan minuman keras adalah dua amalan gaya hidup yang mempunyai pengaruh kuat terhadap fungsi ereksi. Apabila amalan itu tiada lagi, daya ereksi menjadi lebih kukuh dan sempurna jika tiada masalah kesihatan.

Justeru, tidak hairan jika insiden mati pucuk dalam kalangan lelaki Jepun berusia lebih 40 tahun tinggi berbanding lelaki negara ini kerana kebanyakan lelaki Jepun merokok dan minum arak!

Kajian berkenaan juga mendapati penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit koronari memberi kesan buruk kepada fungsi ereksi.

Penyakit lain termasuk masalah prostat dan semua penyakit berkenaan perlu mendapat penyelesaian supaya kemampuan ereksi menjadi lebih sempurna.

(Sumber Harian Metro)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...