Zakar Senak sebab Hernia

Spread the love

SUAMI saya menghidap angin pasang sejak dulu lagi. Namun sejak kebelakangan ini didapati suami saya terasa senak atau sengal yang agak kuat pada alat sulitnya.

Saya ingin tahu mengapa terjadi sedemikian dan bolehkah penyakit ini membawa maut? Apakah perlu dilakukan pembedahan dengan segera?

Good nite IG people.
Zzzzzzz

Kami juga merancang untuk melakukan pembedahan dalam waktu terdekat. Namun saya bimbang dengan risiko yang akan dia hadapi.

Bolehkah doktor jelaskan apakah kesan yang akan dihadapinya selepas pembedahan dan bagaimana jika pembedahan itu gagal? Apakah pantang larang yang patut dilakukan selepas pembedahan itu?

NOOR

Setiawan, Perak

Mungkin sebelum ini pembedahan disifatkan sebagai rawatan akhir untuk mengatasi masalah berkaitan burut atau angin pasang atau hernia dan hasilnya memang menakutkan apabila pesakit tidak keluar dari dewan bedah secara selamat!

Itu sebenarnya cerita dongeng dan jika ada kebenaran, hasil sedemikian hanya berlaku kerana penyakit itu menjadi ketara sehingga usus yang terkeluar itu terpulas dan menjadi septik disebabkan perjalanan darah kepada gumpalan usus itu tersekat dan individu itu dalam keadaan nazak!

Sebenarnya perkara ini yang kita tidak mahu, iaitu usus yang terkeluar dan masuk ke dalam kantung buah zakar melalui pembukaan yang sepatutnya tiada.

Ia terjadi kerana kelemahan dinding perut atau kerana ada ruang yang terbuka antara perut dan kerandut. Ia terpulas dan berpuntal apabila banyak ketulan usus masuk dan tertekan antara satu dengan yang lain dan menyebabkan saluran darah usus tersekat, menyebabkan usus menjadi septik dan maut.

Jadi rawatan tradisional mengurut ketulan usus yang terkeluar itu untuk kembali dalam perut adalah perbuatan berbahaya. Ini kerana usus boleh tercedera akibat kekasaran yang dilakukan melalui urutan itu.

Jadi masalah angin pasang boleh dirawat secara moden, melalui pembetulan atau ‘repair’ kelemahan dinding yang menyebabkan usus terjojol dalam rongga seperti kantung buah zakar.

Doktor juga akan memasukkan kembali usus yang terkeluar ke dalam perut dan menutup pembukaan atau ruang yang lemah itu supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Anda dan suami jangan lengah-lengahkan pembedahan itu kerana lagi lama anda tunggu, banyak gumpalan usus akan masuk dan ia boleh meningkatkan risiko perjalanan makanan dalam usus tersumbat serta menimbulkan masalah lain yang lebih serius.

Saya tidak dapat memberi banyak penjelasan kepada anda kerana saya tidak tahu jenis hernia yang suami anda alami. Saya syorkan anda ikut nasihat doktor dan jangan lengah-lengahkan rawatan pembedahan.

Ia sebenarnya prosedur pembetulan dan bukan membedah buah ketulan itu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...