Zakar tidak Stim Power

Spread the love

SAYA terima banyak soalan mengenai ereksi pagi dan ramai mengaitkannya dengan kemampuan seksual seseorang lelaki. Ramai yang bimbang apabila ereksi pagi mereka lemah atau tidak berlaku.

Terbaru adalah seorang suami berusia 33 tahun yang mendirikan rumah tangga lima tahun lalu dan mempunyai sepasang anak. Dia keliru dan bimbang apabila tidak lagi mengalami ereksi pada waktu pagi seperti yang berlaku sebelumnya.

Pesakit ini kemudian mengalami tekanan emosi apabila multi-vitamin mengandungi ginseng yang diambilnya tidak berupaya menguatkan ereksi paginya, sekali gus menyebabkan dia menjadi dingin terhadap isteri kerana beranggapan mengalami lemah syahwat.

Ingin saya perjelaskan di sini, ereksi pagi atau ‘Nocturnal Penile Tumescence’ berlaku pada awal pagi ketika lelaki itu tidur nyenyak atau tidur yang dikenali sebagai REM (Rapid Eye Movement) Sleep.

Jadi jika tiada REM Sleep atau tidur tidak nyenyak kerana kerap terbangun atau tidur lewat, ereksi pagi pasti kurang kelihatan dan kurang mantap.

Apabila terjaga secara tiba-tiba, baru nampak ereksi berkenaan dan jika tidak, ia tidak kelihatan.

Sehubungan itu, nasihat saya kepada mereka yang tidak mengalami ereksi pagi, jangan mudah terpengaruh dengan fenomena itu.

Jika anda mendapati ereksi pagi kurang kelihatan atau hanya singkat, kemungkinan kemunculannya tidak mengikut jadual seperti dulu.

Mungkin ereksi pagi menjadi lebih jelas pada awal pagi atau ketika anda terjaga secara tiba-tiba atau ketika bangun membuang air kecil.

Bagi mereka yang tidak mengesan ereksi pagi tetapi kemampuan seksual masih normal, saya nasihatkan anda supaya mula melakukan senaman secara berkala kerana ereksi pagi anda akan menjadi lebih kelihatan.

Berkaitan dengan kelajuan ejakulasi (pancutan air mani) pula, ia tiada kena mengena dengan tahap kesuburan. Jika seseorang lelaki itu menahan ketika air maninya hendak terpancut, ejakulasi menjadi lemah.

Untuk menguatkan pancutan, lelaki hendaklah menggerakkan zakar dengan kuat dalam keadaan otot lantai pelvis wanita sedang mencengkam, atau gerak zakar dalam keadaan kemut.

Perlu diingatkan, tanpa rangsangan, air mani juga berkurangan. Seperti saya katakan di atas, jangan menahan ketika hendak ejakulasi kerana air mani dan pancutan menjadi lemah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...