Rahsia Zakar

 

Risau kerana bintik-bintik


 

SAYA berumur 25 tahun dan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Yang merisaukan saya, pada pangkal zakar dan telur ada bintik-bintik. Ia berlarutan sejak saya berumur 15 tahun.


Bagaimanapun, bintik-bintik itu tidak sakit. Saya ingin penjelasan, adakah ia akan memudaratkan?



JOE BEST



Ada beberapa perubahan semula jadi yang tidak berlaku kepada semua lelaki.

Jika berlaku, ia seolah-olah menggambarkan satu masalah atau penyakit.

Perubahan yang anda dapati di permukaan pangkal zakar dan kerandut yang berbentuk seperti bintik-bintik adalah ‘papule’ atau tonjolan folikel bulu roma.

Ia kadangkala terjojol dan membuatkan kulit kelihatan bersisik.

Keadaan itu normal dan boleh berlaku jika mengamalkan mencukur bulu roma di kawasan terbabit.

Menggaru kulit bahagian itu juga boleh mengakibatkan kemunculan bintik-bintik berkenaan akibat keradangan ‘folikel’.

Ia bukan penyakit dan tiada kena mengena dengan penyakit kelamin.

Bintik-bintik itu akan reda atau kurang apabila anda tidak lagi mencukur bulu roma di bahagian itu.

Gunakan ‘trimmer’ atau gunting pemotong bulu roma jika mahu anggota sulit kelihatan kemas.

Kulit di anggota sulit itu lembut dan lembap.

Jika kering, sudah tentu terasa gatal. Pakai pakaian dalam yang selesa seperti ‘boxer shorts’ supaya kulit anggota sulit tidak berpeluh dan segar.

Jika anda was-was mengenai perubahan kulit itu, jangan teragak-agak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.