Rahsia Zakar

 

Layu lama tak guna


 

ADAKAH produk krim ‘Virile for men’ berkesan serta mendapat pengesahan dan disyorkan penggunaannya oleh doktor?

Bolehkah saya menggunakan produk pencerahan kulit atau seumpamanya (air tawas) untuk mencerahkan zakar?



NUR
Permatang Pauh
Pulau Pinang




Saya menjalankan ujian klinikal pada krim perapi alat sulit lelaki bergelar ‘Virile for men’ dan krim ini dapat meningkatkan daya kawalan ejakulasi dan mengawal kebersihan dan pengawasan anggota sulit itu.

Menggunakan krim itu setiap hari akan membuatkan kulit anggota sulit lembut dan jika ada perubahan kurang sihat (seperti ketuat), masalah itu dapat dikesan lebih awal.

Saya dapati krim ini menyegarkan anggota kelamin yang layu akibat lama tidak digunakan. Mengikut Imam al-Nawawi, ini akan berlaku kepada lelaki yang sudah lama tidak menggunakan anggota kelaminnya, yang menjadi kecut dan tertarik ke dalam.

Membelai anggota itu setiap hari dengan krim yang sesuai akan menyegarkannya. Laporan kajian itu ada dalam majalah perubatan Journal for the Study of Aging Male keluaran Jun 2007.

Kulit anggota sulit lelaki memang berwarna kurang cerah dari kulit bahagian lain dalam badan dan ia adalah semula jadi. Anda tidak perlu menggunakan krim pencerah kulit kerana ia tidak berkesan dan tidak sesuai.

Warna gelap itu berubah apabila kulit itu menjadi ketat dan licin yang berlaku apabila zakar mengembang, sama seperti kulit anggota sulit perempuan.

Untuk penjagaan kulit anggota sulit, saya syorkan krim Virile untuk lelaki dan krim O’MUST bagi wanita.