Rahsia Zakar

 

Membesar semula jadi


 

Adakah tindakan menuap zakar menggunakan tuala baik untuk pengaliran darah pada salur darah zakar? Adakah tindakan mengurut zakar secara perlahan serta tidak menyakitkan dan dilakukan secara berterusan dapat membantu menambah saiz zakar?


PELAJAR U
Sintok, Kedah




Anggota sulit lelaki hanya mengembang, membesar dan padat apabila lelaki itu terangsang dan perlu menggunakan ereksinya untuk hubungan keintiman seksual.

Jika tidak perlu digunakan, ereksi itu akan reda dan dalam sekelip mata zakar akan kendur. Kesemua ini ialah proses semula jadi. Jadi anggota sulit lelaki itu tidak perlu besar, kembang dan erek padat sentiasa kerana ini akan menyukarkan pergerakan lelaki.

Zakar besar dan erek padat ketika hendak digunakan saja jika tidak ia akan mengendur selalu. Walaupun ereksi spontan boleh berlaku, ia sekejap saja. Kemudian, zakar yang besar tadi akan kelihatan kecil serta mengecut. Ini juga semula jadi.

Kerakusan lelaki dalam soal saiz dan bentuk anggota sulit sehingga sanggup menjalani kaedah menyuntik, mengepam dan mengurut zakar untuk membesarkannya menyebabkan mereka mengalami masalah kesudahannya.

Mereka yang menyuntik zakar akan mendapat zakar yang sentiasa besar, tetapi tidak berguna dan menyakitkan, sentiasa besar dan radang dan menyukarkan pergerakan. Kesudahannya terpaksa menjalani pembedahan untuk mengecilkannya.

Bagi mereka yang menggunakan pam pula, mempunyai kulit yang gelebeh, gelap dan zakar kendur macam lelaki tua. Segala minyak urut dan macam-macam dibuat untuk memulihkannya tetapi tiada apa-apa perubahan, hanya alahan kulit dan kerugian wang yang banyak.

Jika anda gunakan akal, anda akan dapati mengurut zakar tidak akan memberi kesan positif yang anda inginkan itu. Jika tersalah urut atau tarik, anggota yang lembut itu boleh jadi terkulai jika otot tambat tertarik.

Ini boleh berlaku apabila tukang urut melakukan urutan kepada zakar. Ditariknya dengan kuat dan tersentap, berbunyi macam sesuatu terputus. Saya pernah mengendalikan kes zakar terkulai. Itu kerja gila namanya.

Menuap zakar dengan benda panas. Apa kerjanya itu? Nanti kulit celur atau buah zakar masak. Ini bukan rawatan, macam hendak aniaya orang saja.

Memang menuap itu akan meningkatkan perjalanan darah tetapi bukan dalam otot zakar, hanya bahagian luar saja.