Rahsia Zakar

 

Terlentuk ke kiri


 

Seingat saya ketika masih kecil, dalam keadaan baring telentang, zakar saya yang tegang akan tegak ke atas tetapi sekarang apabila sudah berusia 35 tahun, zakar tegang terlentuk ke kiri. Apakah yang menyebabkan terjadi demikian?


MUHAMMAD
Kuala Lumpur




Zakar terletak di bawah tundun dan tergantung dari tulang tundun melalui ligamen gantungan atau suspensory ligament. Pangkal zakar lekat kepada otot lantai pelvis atau otot kemut.

Otot itu menjadi benteng zakar dan menampung zakar ketika erek sambil menstabilkan zakar ketika gerakkan zakar dilakukan ketika bersetubuh.

Pada peringkat muda otot kemut mencengkam secara semula jadi apabila ereksi belaku. Jadi tidak hairan jika ereksi mendongak ke langit.

Perkara ini tidak kekal apabila otot kemut tidak lagi mengeras atau mencengkam apabila ereksi berlaku yang akan berlaku apabila umur sudah lanjut.

Jadi jika mahu ereksi mendongak, kena kemutkan otot lantai pelvis dengan kuat. Jika otot itu lemah, ereksi juga kelihatan lemah atau tidak mendongak.

Bagi memastikan yang ereksi mantap dan mendongak, pastikan amal senaman kegel atau senaman kemut. Cara melakukannya ialah mencengkam otot lubang kencing dan lubang najis semacam mahu tahan kencing atau kentut.