Rahsia Zakar

 

Tiba-tiba bengkak


 

KEMALUAN saya membengkak secara tiba-tiba. Ia tidak sakit dan saya tiada masalah untuk membuang air kecil. Saya juga baru saja berkahwin, oleh itu saya risau sekarang.


LUKMAN
Taman Medan, Petaling Jaya




Anggota kelamin berubah apabila dalam keadaan terangsang. Kadangkala perubahan secara spontan boleh berlaku tanpa rangsangan dan ini boleh membuatkan lelaki itu rasa segan apabila perkara itu berlaku di khalayak ramai.

Namun apabila yang bengkak itu bukan ereksi tapi kulit bahagian anggota kelamin, perkara itu boleh berlaku akibat keradangan yang berpunca daripada alahan atau tekanan yang berlaku kepada anggota itu.

Tekanan yang dimaksudkan itu ialah hubungan seksual yang dilakukan secara lama. Kebengkakan itu memang tidak menyakitkan dan ia boleh reda beberapa jam kemudian.

Jika anda hendak redakan keadaan bengkak itu dengan cepat, mungkin anda boleh demahkan tempat yang bengkak dengan ais.

Sekiranya kebengkakan itu berpunca daripada terkena gigitan unggas atau akibat alahan makanan atau ubatan, ia akan reda apabila kesan tindak balas alahan itu berkurangan.

Jika hendakkan keredaan itu cepat, doktor boleh memberi suntikan ubat nyah radang dan nyah alahan.