batang zakar, batang pelir, batang konek semua adalah benda yang sama. Kemaluan lelaki. Batang Zakar terdiri dari banyak jenis. Ada batang zakar panjang ada batang zakar pendek. Ada batang zakar lurus ada batang zakar bengkok.
Rahsia Batin | SPA untuk lelaki
FB/Wechat/Instagram/Link: abeurut | wasap: http://abeurut.wasap.my

Home Top Ad

SAYA berusia 26 tahun dan belum berkahwin. Adakah kemungkinan air mani boleh keluar tanpa mengalami mimpi melakukan hubungan seks? Saya pern...

Air Mani boleh Pancut tanpa Mimpi Basah

SAYA berusia 26 tahun dan belum berkahwin. Adakah kemungkinan air mani boleh keluar tanpa mengalami mimpi melakukan hubungan seks? Saya pernah beberapa kali tersedar daripada tidur dan mendapati kesan seperti tompokan air mani kering.

Baru-baru ini, saya mengalami perkara sama tetapi terjaga. Saya cuba menahan daripada mengeluarkan air mani, tetapi gagal. Saya tidak fikir ia air mazi kerana jumlahnya boleh dikatakan banyak. Perkara sama juga berlaku selepas saya membuang air kecil.

BOB
Johor

Air mani ialah campuran cecair daripada pundi aksesori anggota reproduktif lelaki dengan benih lelaki yang keluar secara ejakulasi, sama ada akibat kemuncak syahwat atau mimpi.

Pundi aksesori anggota reproduktif lelaki itu membabitkan pundi prostat, pundi seminal, pundi Cowper, pundi epididimis dan pepundi daripada mukosa salur kencing.

Jadi, cecair yang keluar daripada anggota kelamin anda adalah air mani dan bukan air kencing atau air mazi. Air mazi biasanya keluar apabila anda merasa teruja terhadap seks dan cecair jernih keluar jika ereksi itu dilurut.

Cecair ini dihasilkan oleh pepundi dalam mukosa salur kencing. Sama juga jika anda berdehem atau mengemut selepas selesai buang air kecil. Cecair yang keluar walaupun berwarna kurang cerah, ia sebenarnya air mazi.

Jarang perkara sama berlaku apabila anda meneran ketika membuang air besar. Cecair kekuningan itu datang daripada pundi prostat dan pundi seminal yang tertekan ketika najis merentasi usus besar dan menekan kawasan pundi.

Air mazi itu najis dan anda perlu mencucinya sebelum mengambil wuduk. Bagaimanapun, anda tidak mandi wajib untuk membersihkan badan. Namun jika berasa was-was, anda perlu mandi wajib.

0 comentários:

SAYA ingin tahu mengapa kepala zakar saya tidak terasa sewaktu melakukan hubungan seks dengan isteri? Sebaliknya, saya dapat pula merasainya...

Kepala Zakar Tak Rasa bila Bersama

SAYA ingin tahu mengapa kepala zakar saya tidak terasa sewaktu melakukan hubungan seks dengan isteri? Sebaliknya, saya dapat pula merasainya ketika melakukan seks oral.

Adakah posisi yang saya lakukan salah atau kerana kepala zakar saya terbiasa dengan sentuhan iaitu seluar kerana untuk makluman tuan, kepala zakar saya tidak tertutup dengan kulit zakar.

NOOR

Kertih, Terengganu

Kulit penghujung zakar mengandungi banyak sel penghujung urat saraf seperti sel Pacinian dan Ruffinian yang membuatkan bahagian itu sangat sensitif kepada sentuhan, jadi bahagian itu terlindung oleh kulup.

Kepada lelaki yang berkhatan, sebahagian besar daripada penghujung zakar terdedah dan boleh tersentuh kepada pakaian dalam.

Apabila perasaan sensitif itu mula dapat diterima, sensitiviti bahagian itu akan reda tapi kekal selagi sel penghujung urat saraf itu tidak tercedera atau berkurangan.

Jadi tidak, mungkin berkhatan itu membuatkan penghujung zakar anda hilang ‘deria’, sedangkan anda masih dapat menikmati keseronokan apabila bahagian itu dirangsang melalui sentuhan mulut.

Mungkin tahap dan kualiti sentuhan yang anda alami daripada rangsangan mulut lebih mengghairahkan anda sehingga dapat mencapai klimaks.

Mungkin juga cara dan teknik dilakukan itu, seperti memegang dan menyedut, membuatkan perasaan itu lebih ghairah dan mudah untuk mencapai klimaks.

Anda perlu cuba menumpukan kepada memberi rangsangan bertalu-talu kepada penghujung zakar ketika bersetubuh dengan pasangan dengan menggeselkan bahagian itu dengan lebih intim lagi.

Pasangan anda boleh membantu dengan mengemut faraj supaya corong faraj menjadi lebih sempit tapi selesa dan mengghairahkan sehingga boleh berlaku percetusan klimaks.

Anda juga boleh ubah posisi ketika melakukan seks untuk menikmati rangsangan lebih mengghairahkan dengan kerjasama pasangan.

Anda boleh dapat tips dan cara gaya daripada pakar yang berkaitan jika anda terbuka untuk mempelajarinya.

0 comentários: