Air Mani kekuningan

Spread the love

INGINKAN ANAK tapi air mani kuning

Soalan

SEMUA orang sedia maklum bahawa air mani lelaki berwarna putih. Masalah yang merunsingkan saya ialah air mani saya kekuningan.

Saya mempunyai seorang anak berusia tiga tahun, namun belum ada tanda untuk anak kedua walaupun kerap melakukan persetubuhan.

Adakah kerana faktor warna menghalang saya daripada mendapatkan zuriat kedua? Kenapa ia boleh berwarna kekuningan? Adakah disebabkan faktor jangkitan?

Harap doktor dapat membantu menerangkannya serta memberikan alamat dimana pemeriksaan dapat dijalankan.

RMNAR
Shah Alam

Jawapan

Warna air mani antara kelabu, putih dan kekuningan itu ada kaitan dengan kandungan cecair daripada pundi prostat (kelabu dan putih) serta cecair daripada pundi seminal (kekuningan).

Kadangkala air mani kelihatan cair dan jernih. Ini kerana proses kecairan air mani cepat. Ketika terangsang dan cairan jernih keluar, itu ialah cairan daripada pundi salur kencing dan cecair jernih yang keluar ketika mengemut selepas membuang air kecil ialah cairan daripada pundi Cowpers.

Jika ada jangkitan, tentu semua pundi itu diserang radang dan cairan lebih kekuningan. Untuk kepastian mengenai jangkitan, ujian air mani perlu dilakukan.

Jika anda dan pasangan pernah menimang cahaya mata dan kini mengambil masa, kemungkinan anda dan pasangan mengalami infertiliti sekunder.

Anda dan isteri perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan akibat ‘infertiliti sekunder’. Pemeriksaan untuk anda ialah ujian air mani dan untuk isteri ujian hormon untuk kepastian kemampuan untuk mengeluarkan telur (ovulasi) dan x-ray rahim yang bergelar HSG.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...