Celaru Jantina Lahir lelaki tapi fizikal perempuan

Spread the love

KECELARUAN JANTINA

“SAYA dilahirkan dengan sijil kelahiran mencatat jantina lelaki. Namun saya ingin tahu, kenapa bentuk badan dan rupa saya menyerupai perempuan? Bukan itu saja, dada saya besar menyerupai payu dara perempuan, manakala suara saya halus hinggakan orang di sekeliling sering menyangka saya perempuan.

images-13“Saya mengaku naluri saya lebih kepada sifat keperempuanan sejak kecil lagi. Sehingga sekarang saya selalu cuba menjadi lelaki sebenar, tetapi tidak berjaya.

“Ini membuatkan saya rendah diri dan malu berdepan orang ramai. Ia memberi tekanan dahsyat kepada saya. Doktor, saya ingin tahu adakah saya mempunyai dua jantina? Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan?”

Itu antara soalan yang kerap saya terima yang menunjukkan fakta kurang menyenangkan, tetapi kita memerlukan kaedah untuk menghadapi fenomena kecelaruan jantina yang bukan saja dihadapi di negara ini, tetapi juga seluruh dunia.

Buat pengetahuan, penetapan jantina, sama ada individu itu lelaki atau perempuan, ditentukan ketika dia dilahirkan. Penentuan dilakukan dengan melihat anggota sulitnya. Jika wujud keraguan mengenai anggota sulit, ujian kebakaan akan dilakukan untuk mengenal pasti kedudukan baka jantinanya, sama ada XX (perempuan) atau XY(lelaki).

Maka, seseorang itu akan dibesarkan mengikut aliran jantinanya. Namun, kadangkala ini tidak berlaku. Seseorang itu dibesarkan sebagai jantina sebaliknya walaupun dia bukan dalam jantina itu. Sehubungan itu, perilakunya tidak normal seperti mereka sejantinanya.

Ini menyebabkan apabila baligh, individu itu mendapati dia tidak menonjolkan jantina sepatutnya dan ini membuatkan dia berasa tertekan.

Ada juga keadaan individu itu dibesarkan sebagai jantina sahihnya, tetapi jiwanya memberontak dan dia lebih suka memainkan fungsi dan perilaku jantina sebaliknya. Keadaan ini dikenali sebagai kecelaruan jantina (gender).

Nasihat saya kepada mereka yang mengalami masalah kecelaruan jantina ini ialah jika anda yakin dan percaya anda lelaki, anda tidak perlu risau mengenai anggapan atau pandangan orang lain terhadap anda.

Golongan ini mungkin mempunyai sifat lembut semula jadi dan kurang ‘macho’, tetapi masih ada banyak sifat kelelakian.

Bagi yang ragu mengenai diri sendiri, mereka perlu selesaikannya dengan berjumpa pakar psikologi.

Mendiamkan diri dan merana keseorangan bukan cara yang baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...