Lelaki termakan ubat putus haid

Spread the love

RESAH BAKAL PENGANTIN

Soalan

SAYA berusia 24 tahun dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Ketika berusia 10 tahun, saya pernah termakan ubat kepunyaan ibu saya, yang rasanya manis seperti gula dan berwarna kuning gelap.

Saya tidak tahu ubat apa tetapi selepas beberapa kali mengambilnya, baru saya mendapat tahu ubat itu untuk menopaus (putus haid).

Adakah ubat itu memberi kesan kepada organ seks saya? Pada masa ini, organ seks saya masih berfungsi dengan baik dan mampu mengeluarkan air mani apabila saya melakukan onani.

Bagaimanapun, saya masih bimbang jika sejarah saya makan ubat kepunyaan ibu akan memberi kesan negatif kepada alat zakar dan kualiti serta kandungan sperma saya.

SAM
Kajang

Jawapan

Menjadi kebiasaan mana-mana individu yang bakal mendirikan rumah tangga akan mula memberi tumpuan lebih ke atas aspek kesihatan diri, terutama kesihatan anggota reproduktif.

Mereka bimbang anggota itu bermasalah akibat ‘sejarah’ silam, sekali gus menjejaskan masa depan dengan pasangan mereka.

Masalah anda ialah pernah termakan ubat ibu anda tanpa mengetahui kandungan ubat berkenaan. Ini berlaku sudah lama. Jika ada apa-apa kesan atau implikasi sudah diketahui sekarang. Jika tiada, anda tidak perlu khuatir kesan jangka panjang.

Masalah tidak berlaku kerana anda mempunyai sistem reproduksi yang berfungsi, dapat mencapai ereksi dan boleh mencapai ejakulasi.

Perkara yang anda perlu khuatir yang mungkin boleh memberi kesan kepada hubungan seksual dengan pasangan ialah amalan onani.

Jika anda ketagih dengan perbuatan onani itu, tentu anda tidak dapat mengurangkannya dan akan menjejaskan hubungan keintiman dengan pasangan apabila anda lebih seronok dengan cara onani daripada hubungan seks dengan pasangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...