Suami Gemar Melancap dari Bersama

Spread the love

SAYA berkahwin hampir dua tahun. Sepanjang perkahwinan, saya berasa sangat tertekan kerana suami lebih gemar melakukan onani daripada melakukan hubungan seks dengan saya.

Sedih bila suami berbuat demikian, sedangkan saya dibiarkan kesepian dan kami jarang berkomunikasi mengenainya kerana suami saya pendiam.


Saya berharap doktor boleh memberi sedikit nasihat atau panduan untuk mengatasi masalah ini.

ILA

Sungai Buloh, Selangor

Anda boleh rujuk perkara ini kepada pegawai agama untuk membincangkannya atau bagi mendapatkan sesi kaunseling kerana jika anda atau suami terus tidak membincangkannya, ia boleh mendatangkan kesan.

Ketagihan kepada amalan onani hanya dapat diselesaikan oleh yang melakukannya dan pasangan anda perlu sedar perbuatan itu tidak normal memandangkan dia boleh berseronok dengan isteri.

Kelakuannya membuatkan dirinya bukan menjadi lelaki sejati dan jauh lagi sebagai suami yang bertanggungjawab. Lagi bagus jika dia dapat hentikan perbuatannya kerana dia mensia-siakan hidupnya dan pasangan.

Jika dia ada masalah untuk bersetubuh dengan pasangannya, dia perlu selesaikan dengan berjumpa doktor dan mendapat rawatan sewajar dan bukan sekadar melepaskan perasaannya dengan onani.

Saya pernah mengendalikan kes seperti ini iaitu suami gemar dengan onani dan tidak hiraukan isterinya. Dia seronok tengok gambar lucah dan merangsang anunya dan jarang sekali melakukan seks dengan pasangan.

Semua itu kerana kegemaran menonton cerita dan melayari laman web lucah hingga membuatkannya lupa mengenai tanggungjawabnya sebagai suami. Ini tanggung jawab besar dan dia tidak sedar dia mensia-siakan kehidupan isteri.

Atas desakan isteri, dia setuju berjumpa saya dan kini dia sedar kesalahannya. Selagi lelaki itu tidak sedar apa dilakukannya adalah kesalahan paling hina, selagi itu dia kekal dengan perbuatannya yang hina itu.

Saya harap puan beri maklumat ini kepadanya dan minta dia bertaubat serta berjumpa pegawai agama atau mendapat bimbingan untuk menolak onani dan apa-apa amalan songsang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...