Urat di Testis Bengkak

Spread the love

SAYA mengalami masalah di mana urat di kerandut (testis) membengkak dan timbul, tetapi tidak berasa sakit. Saya juga dapati beberapa benjolan kecil pada buah kerandut mula tumbuh tetapi ia tidak gatal atau sakit.

Apakah masalah saya dan adakah ia disebabkan urat yang berpintal atau tersimpul di dalam kerandut zakar?

LIM
Seremban

Kantung buah zakar mengandungi sepasang buah zakar. Jika diperiksa dengan jari, anda akan berasa ketulan di belakang buah zakar yang sebenarnya pundi epididimis. Adakalanya ia boleh mengandungi ‘cista’ atau ketumbuhan kecil.

Jika pemeriksaan dilakukan di atas buah zakar, anda akan terasa urat
bergumpal seperti cacing di dalam kantung. Ini kemungkinan pembuluh darah yang berpintal, di mana keadaan ini dikenali sebagai varikosel.

Jarang sekali kantung mengandungi ketulan usus atau buah zakar rasa besar dan mengandungi cecair seperti air pasang atau usus. Jika kerap melakukan pemeriksaan kendiri, pasti anda berasa pelbagai perubahan terhadapnya.

Begitupun, anda perlu dapatkan kepastian daripada doktor. Mengenai keadaan kulit kerandut pula, ia daripada jenis kulit lembut yang mengandungi lapisan otot lembut, membuatkan kerandut mudah kembang dan kuncup.

Jarang sekali akar bulu roma kelihatan timbul dan ini mungkin sebab bulu roma dicukur dan pundi pelembap semula jadi dalam akar bulu roma terkandas.

Selain itu, pundi pelembap kerandut terkandas dan kelihatan timbul semacam jerawat juga jarang terjadi.

Ia dikenali sebagai jerawat kerandut. Bagaimanapun, mustahak untuk mendapatkan kepastian daripada doktor jika anda curiga mengenainya.

Jangan merawatnya secara sendiri jika anda tidak pasti apakah masalah sebenar. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...