Tiada Air Mani Bila Pancut

Spread the love

SAYA mengalami masalah tiada air mani atau sebarang cecair keluar apabila ejakulasi. Untuk pengetahuan doktor, saya penghidap diabetis dan berumur 33 tahun. Harap doktor dapat membantu masalah ini.

FIQ
Manjoi, Perak

ANDA menghidap penyakit kencing manis, boleh mencapai klimaks tapi tiada ejakulasi air mani di depan.

pancut6Terdapat sebilangan daripada pesakit kencing manis yang mengalami masalah tahap glukosa masih tinggi walaupun sedang mendapat rawatan, mengalami keradangan urat saraf. Ini mengganggu perjalanan air mani ketika mencapai klimaks.

Kebiasaan, air mani berkumpul di dalam salur uretera kawasan pundi prostat ketika lelaki itu sedang beraksi seksual dengan pasangan. Ketika klimaks berlaku, air mani itu tidak terpancut ke depan untuk keluar sebagai ejakulasi.

Ia bergerak ke belakang, ke dalam kawasan pundi kencing. Fenomena ini dikenali sebagai ejakulasi retro atau ‘retrograde ejaculation’.

Lelaki itu akan rasa macam pundi kencingnya penuh dan jika dia membuang air kecil, ia akan kelihatan sedikit keruh.

Jika nak tahu sama ada anda mengalami fenomena ‘retrograde ejaculation’, tadah air kencing selepas melakukan seks atau selepas onani dan hantar ke makmal untuk kajian bagi melihat kewujudan sperma dalam air kencing itu.

Jika ada, itu bermakna anda menghidap atau mengalami ejakulasi retro. Ini perlu pemeriksaan dan rawatan khusus.

Sperma dalam air mani akan mudah mati jika terdedah kepada suasana asid. Jika air kencing itu kurang berasid, maka sperma kekal hidup dan boleh ditapis dari air kencing, ‘dibasuh’ dan disalurkan ke dalam rahim pasangan pada waktu pasangan subur.

Ini juga perlu rawatan khusus di klinik atau hospital yang ada menyediakan perkhidmatan ini. Jika anda bercadang untuk berjumpa saya, e-mel kepada dr_tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...